Kareer pengurusan Brendan_Rodgers

Watford

Pada 24 November 2008, Rodgers meninggalkan Chelsea untuk menjadi pengurus Liga Kedua Inggeris, Watford. Rodgers memenangi hanya dua daripada sepuluh perlawanan, beliau menyebabkan kelab itu dalam zon penyingkiran pada bulan Januari. Tetapi meningkat secara mendadak dan Rodgers berjaya membawa pasukan ini di tempat ke-13, untuk mengelakkan penyingkiran.

Reading

Selepas Steve Coppell meletak jawatan sebagai pengurus Reading, Rodgers dijadikan pengurus kegemaran untuk menggantikan posisi pengurus dan menyertai kelab lama beliau. Walau bagaimanapun, Rodgers cuba menafikannya dengan menyatakan "fokus sepenuhnya terhadap Watford". Walau bagaimanapun, beliau bersetuju untuk menjadi pengurus Reading pada 5 Jun 2009, selepas pembayaran £500,000 dipersetujui yang meningkat sehingga £1 juta. The Watford Supporters' Trust menyatakan Rodgers mempunyai reputasi "teruk" dihadapan peminat, tetapi Watford mengucapkan "terima kasih [Rodgers] atas usaha-usaha beliau musim lalu". Pada 11 Ogos, Reading memenangi perlawanan pertama Rodgers dengan keputusan 5-1 menentang Burton Albion dalam Leage Cup. Walaupun mempunyai permulaan liga yang baik, tetapi mempunyai keputusan yang teruk menyebabkan Rodgers meninggalkan Reading pada 16 Disember, 6 bulan selepas tiba dikelab itu, meninggalkan Reading satu tempat di atas penyingkiran dalam Kejuaraan.

Brendan Rodgers memenangi Perlawanan Kelayakan Kalah Mati menentang Reading bersama Swansea City.

Swansea City

Rodgers menerima tawaran sebagai pengurus Swansea City dalam Kejuaraan pada 16 Julai 2010. Beliau dikaitkan untuk menyertai kejurulatihan dibawah Roberto Mancini di Manchester City. Permulaan beliau di Swansea sangat berjaya, membawa Rodgers untuk memenangi Pengurus Bulanan pada Februari 2011 selepas Swansea memenangi lima daripada enam perlawanan, dengan mengekalkan empat perlawanan tanpa bolos. Pada 25 April 2011, Rodgers berjaya meletakkan Swansea di kedudukan kalah mati untuk layak ke Liga Perdana, dengan kemenangan 4-1 menentang Ipswich Town di Liberty Stadium.

Pada 16 Mei 2011, Rodgers membawa Swansea ke Kejuaraan Liga Bolasepak Kalah-Mati Akhir apabila menewaskan Nottingham Forrest di perlawanan separuh akhir. Beliau menentang bekas kelab beliau, Reading di Wembley Stadium pada 30 Mei 2011 dengan keputusan 4-2 atas hatrik Scott Sinclair, bermakna Swansea City merupakan kelab pertama yang menyertai Liga Perdana, diikuti oleh kelab Cardiff City.

Rodgers memenangi perlawanan Liga Perdana pada 17 September 2011, apabila Swansea menewaskan West Bromwich Albion 3-0 di Liberty Stadium. Walaupun Swansea dijadikan kelab kegemaran untuk penyingkiran, permulaan musim mereka yang bagus dipuji apabila mengutip mata menentang Liverpool, Newcaslte United, Tottenham Hotspur dan Chelsea, menjauhkan mereka dari zon penyingkiran. Pada Januari 2012, Swansea mendapat kemenangan bukan tuan rumah pertama menentang Aston Villa, sebulan kemudian mereka menewaskan Arsenal 3-2 di rumah dan seri 1-1 terhadap Chelsea; Rodgers terus mendapat anugerah Pengurus Bulanan Liga Perdana. Pada Februari, Rodgers menandatangani kontrak tiga tahun dan setengah tahun untuk mengekalkan beliau di kelab itu sehingga Julai 2015.

Brendan Rodgers dilantik sebagai pengurus Liverpool

Liverpool

Pada 1 Jun 2012, Rodgers telah didedahkan sebagai pengurus Liverpool baharu dengan kontrak tiga tahun, berikutan Kenny Daglish meninggalkan kelab itu dua minggu sebelum. Perlantikan itu terus disokong oleh bekas sekerja dan pengurus Real Madrid, Jose Mourinho. Pada Julai 2012, Rodgers menulis surat terbuka untuk Swansea City, penyokong, staf dan peminat beliau, dan mengharap mereka berjaya pada masa depan. Beberapa hari kemudian, Rodgers mengadakan sesi latihan di Melwood apabila skuad dilaporkan kembali untuk latihan pra-musim.

Pada Ogos 2 2012, Rodgers memperlihatkan perlawanan saingan pertama sebagai pengurus Liverpool, kemenangan 1-0 menentang FC Gomel dalam UEFA Europa League dan memenangi perlawanan pertama tuan rumah beliau. Dalam perlawanan liga pertama beliau pada 18 Ogos, Liverpool tewas 3-0 menentang West Bromwich Albion di The Hawthorns. Perlawanan kemenangan beliau pertama adalah menetang Norwich di Carrow Road, Liverpool menang 5-2. Pada 31 Oktober, Rodgers akan diterima semula oleh Swansea apabila Liverpool tewas 3-1 dalam League Cup. Pada 6 Disember, Liverpool menewaskan Udinese 1-0, untuk layak ke Liga Eropah.

Pada 27 Januari 2013, Liverpool terkeluar dari Piala FA apabila tewas mengejut menentang 3-2 menentang kelab League One, Oldham Athletic. Liverpool berada di kedudukan ketujuh di Liga Perdana, naik satu anak tangga dari musim lepas.

Brendan Rodgers pada 2014

Pada permulaan musim 2013-14, Rodgers dinamakan Pengurus Bulanan untuk Ogos 2013 apabila Liverpool memenangi tiga perlawanan pertama dalam musim musim itu. Pada Januari 2014, beliau disaman £8,000 selepas membuat komen terhadap Lee Mason selepas tewas 2-1 kepada Manchester City pada Disember 2013. Beliau kemudian dinamakan pengurus bulanan untuk kali kedua pada Mac 2014, selepas Liverpool memenangi lima perlawanan dalam bulan itu untuk ke kedudukan teratas liga.

Sebelas perlawanan Liverpool dengan kemenangan tamat apabila tewas 2-0 kepada Chelsea pada 27 April. Keputusan ini memberi peluang untuk Manchester City menjadi juara liga. Dalam perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace pada 5 Mei, Liverpool mendahului 3-0 tetapi dikejar semula 3-3.

Pada Mei 2014, Rodgers bersetuju dengan prinsip kontrak baru dimana Liverpool bersetuju untuk mengekalkan beliau sehingga 2018. Liverpool menamatkan musim itu ditempat kedua dengan 101 goal, gol kelab paling banyak sejak musim 1895-96 dan tiga paling tinggi dalam sejarah Liga Perdana. Musim itu beliau dikurniakan anugerah LMA Pengurus Tahunan selepas berjaya membawa Liverpool ke tahap baharu selepas 20 tahun dalam liga. Pada 25 Mei 2014, Rodgers menandatangani kontrak empat tahun baharu di Liverpool.

Liverpool tersingkir daripada 2014-15 Liga Juara-Juara Eropah selepas seri menentang FC Basel, jatuh ke Liga Eropah. The Reds juga turut tewas dari Liga Eropah selepas tewas kepada Besiktas dalam 4-5 penalti. Pada 19 April 2015, Liverpool ditewaskan Aston Villa diperingkat separuh akhir, Liverpool menamatkan musim dengan kekalahan 6-1 menentang Stoke, menduduki kedudukan keenam di Liga Perdana. Ini bermakna Rodgers menjadi pengurus Liverpool pertama yang tidak memenangi apa-apa trofi pada tiga tahun pertama. Walau bagaimanapun, Rodgers menerima sokongan daripada pemilik-pemilik kelab Liverpool.

Pada 4 Oktober 2015, beliau dipecat selepas seri dalam perlawanan Merseyside, keputusan yang menyebabkan Liverpool ditempat kesepuluh selepas 8 perlawanan.